Apakah yang dimaksudkan dengan
intifada? Intifada adalah dari kalimah arab yang membawa maksud
‘kebangkitan’. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat
Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada
berlakunya peristiwa intifada ini? Untuk pengetahuan semua, kita
sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS
(Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di
Palestin. Pada bab yang lalu telah diterangkan bagaimana penubuhan HAMAS
serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang
menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia malah tidak dapat tidak,
kita mengatakan pertubuhan ini adalah pengerak utama kepada gerakan
intifada ini.
Sebelum kajian ini pergi lebih jauh
lagi, penulis ingin menarik perhatian pembaca, pandangan dan fatwa yang
telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang tersohor di abad ini.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ulama Timur Tengah yang kini
menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia menjelaskan bahawa kaum
muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah
penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan atau pun intifada ini berlaku
adalah kerana mereka merompak tanah air bangsa Palestin, mereka
menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja
yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian.[1] Malah dalam wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat, Qardhawi
menegaskan “Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi
kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tenmpat
suci kami.”[2]
No comments:
Post a Comment